Kami sentiasa berusaha memastikan setiap pesanan dihantar dalam keadaan baik. Sekiranya produk yang diterima didapati rosak ketika penghantaran, pelanggan boleh menghubungi pihak kami untuk membuat permohonan pemulangan atau bayaran balik.

Produk Rosak Semasa Diterima

Permohonan boleh dibuat sekiranya produk didapati telah rosak ketika parcel pertama kali dibuka.

Bagi membolehkan pihak kami membuat semakan, pelanggan hendaklah memberikan bukti yang jelas mengenai keadaan parcel dan produk semasa diterima.

Kami amat menggalakkan pelanggan untuk membuat rakaman video semasa membuka parcel (unboxing) dari awal sehingga produk dikeluarkan daripada bungkusan. Video atau gambar yang diberikan mestilah menunjukkan dengan jelas kerosakan yang berlaku ketika produk diterima.

Permohonan Bayaran Balik

Pelanggan hendaklah menghubungi pihak kami secepat mungkin selepas menerima produk yang rosak dan memberikan:

Selepas bukti diterima, pihak kami akan membuat semakan terhadap permohonan tersebut.

Sekiranya permohonan diluluskan, pihak kami akan memberikan penyelesaian yang bersesuaian termasuk penggantian produk atau pemulangan wang, bergantung kepada keadaan pesanan.

Produk yang telah digunakan, kerosakan yang berlaku selepas produk diterima, atau kerosakan yang berpunca daripada penggunaan atau penyimpanan yang tidak sesuai tidak layak untuk pemulangan wang.

Untuk membuat permohonan, sila hubungi pihak kami melalui maklumat yang terdapat di halaman Hubungi Kami.